BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

26 Mac 2011

hmmm...

hmmm...pantasnya masa berlalu..sedar x sedar dah penghujung bulan 3 rupanya..sedar x sedar jugak..dah hampir seminggu lebih aku berhenti dari buat part time job..rindunya kat kawan2 kat tempat kerja termasuk bos aku yang baik gila tu..entah bila la aku akan jumpak depa semua tu lagi..dan tiba2 aku rasakan mungkin pada suatu hari nanti bila aku dah ada kerja tetap..aku x kan dapat suasana yang macam tu lagi..di situ tiada halangan..disebabkan aku yang paling muda..aku selalu jadi bahan usikan..tapi aku x pernah kisah pun..aku gembira dengan suasana itu..kat situ jugak..sapa yang x puas hati..cakap je...x payah nak simpan2 n kata2 kot belakang..secara x langsung x dapat la dosa umpat kering ja..hehe...semua orang open..x dak nak masam2 muka..kawan2 aku ramai yang berenti buat part time job ni..depa cakap..bos garang,,suka marah..semua benda salah..benci..tapi aku bersyukur aku x macam tu..aku amat bernasib baik..selalu je dapat makan free..hehe..pengalaman pun dapat..tu yang penting...kalau aku buat silap..senyum n ajar bagi betul..mmng profesional..haha..


hmmm...buat masa sekarang aku adalah penganggur terhormat kat rumah..aku cuma buat kerja rumah,,baca buku sirah dan revise balik semua ilmu jahitan yang aku dah blaja masa form3...huhu..hmm..result spm baru je diumumkan..walaupun result aku x bagus mana..aku syukur alhamdulillah..walaupun pada hakikatnya aku susah tuk menerima perkara tersebut..tapi akhirnya aku redha..setinggi2 syukur hanya layak untuk Allah..subhanallah!!kegagalan mematangkan fikiran..x semestinya setiap masa kita akan berada di puncak..itu yang ditetapkan..aku terima..sentiasa fikir positif..apa yang Allah bagi..itu adalah yang terbaik..

"DAN DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPERANG,PADA HAL BERPERANG ITU ADALAH SESUATU YANG PALING KAMU BENCI.BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU.DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU,PADA HAL IA AMAT BURUK BAGIMU.ALLAH MENGETAHUI,SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI."

(AL-BAQARAH AYAT 216)

hmm..ada kerja sedang menanti..setakat ini dulu..=p

20 Mac 2011

Segenggam tabah

6 Mac 2011

CANTIK....


Baru2 ni aku p library..x da yang mnarik sngat..cuma ni je la hasil pembacaan yang aku dapat setelah meneliti setiap butir kata dalam sebuah buku..bnyak yang bermanfaat..cuma ni yang aku faham.dan ni ja yang aku ingat.hehe...KECANTIKAN berpaksikan kepada kecantikan yang hakiki..kecantikan hakiki
berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam..
ia lahir daripada sifat2 mahmudah kerana cantik di mata Allah adalah lebih signifikan daripada cantik pada pandangan manusia..(alamak skemanya ayat..huhu)

Kecantikan hakiki dimunculkan dari dalam jiwa melalui pemahaman dan penghayatan tentang islam sehingga membentuk keperibadiannya.penghayatan yang mendalam akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana sentiasa memiliki pola aqliah islamiah(fikir islam) dan pola nafsiah islamiah(tingkah laku islam)..

Di dalam islam wanita yang cantik hakiki tidak akan berfikir selain kerangka berfikir islam..muslimah sejati x akan bertingkah laku selain yang bersesuaian dengan islam..Kecantikan hakiki muslimah akan benar2 cantik dan indah luar dan dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah.sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang membawa maksud..

"sesungguhnya ALLAH S.W.T adalah Maha Indah dan
menyukai keindahan"


islam memandang puncak kecantikan wanita melalui tingkat ketundukan dan kepasrahannya kepada Allah..wanita yang mempunyai kecantikan hakiki memiliki pemikiran yang positif,yakin pada diri,sentiasa bersangka baik terhadap orang lain,dapat melihat kecantikan orang lain(bukan tgok n kutuk buruk orang..hehe)..x sombong,pemaaf,berlapang dada,menerima teguran secara positif(ni yang payah..)...x penting diri sendiri,suka tolong orang,ceria dan sabar...

Selain itu,kecantikan hakiki juga melibatkan kecantikan kerohanian..baru la bole jadi 99.99% perfect..hehe..kecantikan kerohanian yang mana ia banyak menitik beratkan hubungan manusia dengan Allah..melalui pembentukan kerohanianlah wanita yang yang cantik hakiki itu akan memiliki ketenangan wajah dan hati sepertimana terparcarlah "nur" cahaya..senang crita..macam orang tua2 kata..bersih ja tgok muka..sejuk tengok..ha macam tu la..tenang dan cantik..x yah susah2 p spa buat facial..hehe..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..

"solat adalah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat.salah
satunya adalah daya penarik pada wajah"

Hakikat cantik dalam islam juga bermakna wanita yang menghiasi dirinya dengan pakaian sabar.istiqamah dan qanaah..kecantikan paras rupa,harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan.namun kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan,,,sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga..InsyaAllah..

ukuran kecantikan hakiki wanita muslimah menurut islam ialah:

-iman yang mendalam

-akal yang bijaksana

-tingkah laku dan akhlak yang mulia serta amalannya yang soleh

-kecintaannya terhadap Allah..(bukan kecintaan kat pakwe)

-keikhlasan kepada suami dan memuliakan suami

-mentadbir dan mentarbiah anak menjadi generasi yang cemerlang

-mempunyai sifat2 mahmudah

dalam kecantikan hakiki perhiasan jiwa adalah lebih diutamakan melalui sifat2 dan budi pekerti yang diajarkan islam melalui sifat keimanan..Muslimah yang cantik sejati,apabila keimanan telah benar2 wujud dan terpahat di hati akan lahir sifat2 indah yang menghiasi diri manusia..sifat diri seperti ketakwaan,berilmu,mempunyai rasa malu(yang ni yang payah nak jumpak la ni),,jujur,berani,sabar,lemah lembut,baik budi pekerti,menjaga silaturrahim dan mempunyai sifat2 terpuji yang lain...that's all...=)

2 Mac 2011

Mesut Kurtis - Every night and every day

28 Februari 2011

hmmmmmmmmmmmmm


AKU BINGUNG..MENCARI SESUATU....MOGA BERTEMU DENGAN KETENANGAN DAN TERISI KEKOSONGAN HATI INI......

19 Januari 2011

diriku semakin jauh dariNYA..

salam.hmm..hari ni aku cuti....termenung..itu hobiku sekarang..fikir apa aku pun kurang pasti..aku terfikir..mungkin sekadar untuk memuhasabahkan diri sendiri..ciri-ciri orang yang bertakwa dan betul2 mencintai Allah semakin pupus.mungkinkah disebabkan gara2 gaya hidup yang sudah berubah??berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya??

Kebanyakan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata2..termasuk aku..belajar untuk masa depan yang cerah..bekerja untuk dapatkan wang dan enjoy..berbuat baik dan memberi senyuman pun untuk kepentingan peribadi..oh hati??bilakah engkau akan ikhlas dalam melakukan semua itu??kita makin lupa..bukan perut dan minda sahaja yang memerlukan makanan dan vitamin..tapi rohani@spiritual perlulah mendapat makanan yang mengandungi vitamin dalam kuantiti yang paling tinggi..tapi aku..entahla..solat pula hanya pergerakan fizikal,,hatiku mengembara entah ke mana..lbih bnyak khayal dari khusyuk..apabila berpuasa..hanya perut yang berpuasa..hasilnya..ibadah tetap ritual..huhuhu..

Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah telah lama luput..aku menghabiskan malam2ku untuk berfacebook..berhibur..tidur dan bermimpi indah..bukan lagi tidur awal,,bangun qiamulail dan berjemaah subuh semata2 untuk memenangi cintaNya..Di tempatku ini..pada waktu malam,,mereka mula tidur pada saat orang mukmin sepatutunya bangun bertahajud..oh Tuhan..sudah berapa ramaikah manusia di bumi ini yang sudah lama tidak melihat matahri terbit atau menikmati saat itu??aku tergolong sekalikah??

Sungguh..hati ini semakin kering dari cinta..CINTA KEPADANYA..apa..semakin hari aku makin jauh dengan ALLAH?nauzubillah..Moga Allah kurniakan cintaNYA kepadaku..Amin.......

29 Disember 2010

boring n Mengharukan!!!


Assalamualaikum...hmm..dah lama aku x update blog...knapa yer??first sebab busy...second sebab aku punya netbook x dak microsoft office...huhu..pasrah dalam redha...apa pun...alhamdulillah...

kenapa eh aku boring???mmng la boring sebab aku tertinggal kunci rumah kat dalam rumah..macam mana nak masuk??waaaa...sedih...x leh lena..terpaksa la ikut kakak aku mai kerja...dok sorang..x tau nk buat pa..waaa..hmm..apa nak cita eh??sekarang life aku x la best n x la sedih sangat..di paras selesa sahaja..apapun aku bersyukur...

hmm..tapi yang x bes 2v 3 menjak ni aku selalu bangun lewat...kenapa yer??aku pun confuse...nak kata penat keja x la sangat..biasa jer..huhu..tapi u la orang kata niat x betoi..lpas bes ja exam..dah cakap n set dalam mnda mcm ni.."aku dah berjaga start dari trial sampai la bes spm...so,,,dah tiba masanya aku nak bayar balik pinjaman lena yang telah aku buat..ending nya...aku tidoq sampai x sedaq diri..kat tempat reja pun kadang2 terlena...tapi x pasti jugak..maybe sebab facebook...hmm..

facebook adalah 1 racun pembunuh keimanan...kenapa yer...sebab ianya amat melalaikan...dan ianya juga menambah dosa..bukankah chatting diantara ikhwan dan akhowat itu haram??tahu..tapi tetap buat juga..aku pun lebih kurang sama ja..huhuhu...

lagi apa gi eh...hmm..dah habis spm..redha dan tawakal je la..aku serah segala2nya kepada ALLAH..seandainya aku berjaya dengan gemilang aku panjatkan kesyukuran..dan seandainya aku rebah dengan cemerlangnya pun aku bersyukur yang amat sangat,,,kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua itu..hmmm...tu ja kot nak crita..dah x tau nak tulis apa...wasalam..=))))))))