BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

6 Mac 2011

CANTIK....


Baru2 ni aku p library..x da yang mnarik sngat..cuma ni je la hasil pembacaan yang aku dapat setelah meneliti setiap butir kata dalam sebuah buku..bnyak yang bermanfaat..cuma ni yang aku faham.dan ni ja yang aku ingat.hehe...KECANTIKAN berpaksikan kepada kecantikan yang hakiki..kecantikan hakiki
berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam..
ia lahir daripada sifat2 mahmudah kerana cantik di mata Allah adalah lebih signifikan daripada cantik pada pandangan manusia..(alamak skemanya ayat..huhu)

Kecantikan hakiki dimunculkan dari dalam jiwa melalui pemahaman dan penghayatan tentang islam sehingga membentuk keperibadiannya.penghayatan yang mendalam akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana sentiasa memiliki pola aqliah islamiah(fikir islam) dan pola nafsiah islamiah(tingkah laku islam)..

Di dalam islam wanita yang cantik hakiki tidak akan berfikir selain kerangka berfikir islam..muslimah sejati x akan bertingkah laku selain yang bersesuaian dengan islam..Kecantikan hakiki muslimah akan benar2 cantik dan indah luar dan dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah.sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang membawa maksud..

"sesungguhnya ALLAH S.W.T adalah Maha Indah dan
menyukai keindahan"


islam memandang puncak kecantikan wanita melalui tingkat ketundukan dan kepasrahannya kepada Allah..wanita yang mempunyai kecantikan hakiki memiliki pemikiran yang positif,yakin pada diri,sentiasa bersangka baik terhadap orang lain,dapat melihat kecantikan orang lain(bukan tgok n kutuk buruk orang..hehe)..x sombong,pemaaf,berlapang dada,menerima teguran secara positif(ni yang payah..)...x penting diri sendiri,suka tolong orang,ceria dan sabar...

Selain itu,kecantikan hakiki juga melibatkan kecantikan kerohanian..baru la bole jadi 99.99% perfect..hehe..kecantikan kerohanian yang mana ia banyak menitik beratkan hubungan manusia dengan Allah..melalui pembentukan kerohanianlah wanita yang yang cantik hakiki itu akan memiliki ketenangan wajah dan hati sepertimana terparcarlah "nur" cahaya..senang crita..macam orang tua2 kata..bersih ja tgok muka..sejuk tengok..ha macam tu la..tenang dan cantik..x yah susah2 p spa buat facial..hehe..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..

"solat adalah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat.salah
satunya adalah daya penarik pada wajah"

Hakikat cantik dalam islam juga bermakna wanita yang menghiasi dirinya dengan pakaian sabar.istiqamah dan qanaah..kecantikan paras rupa,harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan.namun kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan,,,sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga..InsyaAllah..

ukuran kecantikan hakiki wanita muslimah menurut islam ialah:

-iman yang mendalam

-akal yang bijaksana

-tingkah laku dan akhlak yang mulia serta amalannya yang soleh

-kecintaannya terhadap Allah..(bukan kecintaan kat pakwe)

-keikhlasan kepada suami dan memuliakan suami

-mentadbir dan mentarbiah anak menjadi generasi yang cemerlang

-mempunyai sifat2 mahmudah

dalam kecantikan hakiki perhiasan jiwa adalah lebih diutamakan melalui sifat2 dan budi pekerti yang diajarkan islam melalui sifat keimanan..Muslimah yang cantik sejati,apabila keimanan telah benar2 wujud dan terpahat di hati akan lahir sifat2 indah yang menghiasi diri manusia..sifat diri seperti ketakwaan,berilmu,mempunyai rasa malu(yang ni yang payah nak jumpak la ni),,jujur,berani,sabar,lemah lembut,baik budi pekerti,menjaga silaturrahim dan mempunyai sifat2 terpuji yang lain...that's all...=)

0 Komen: