BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

5 Ogos 2011

Di mana kita dinilai..?

Mid sem exam baru jer berlalu kelmarin..tamat je paper biology pukul 10 pagi aku terus balik bilik..ambik beg dan terus balik..betapa cepat dan pantas tindakanku..rindu sangat kat rumah..hehe..betapa gembira dapat berbuka dengan family dan berterawih dekat masjid kampung aku sendiri..terasa damai dan ketenangannya..alhamdulillah..

sebenarnya aku teringin nak stadi..2 3 buah buku aku bawak balik..bio,fizik n mat..tapi x tergerak tangan aku nak sentuh...dan mataku juga x punya keinginan untuk merenung bait2 kata buku2 tersebut barangkali..biarlah aku melayan perasaan dan merenung bulan di langit sambil ditemani muzik kegemaran..esok sajalah aku menelaah di hostel..sungguh..aku x da mood..

kadang mata melihat...otak berfikir..anggota lain cuba melakukan apa yang terfikir di minda..sebagai seorang pelajar aku x terlepas untuk mempunyai sifat ingin tahu,,tahu dan tahu lagi..di kolej aku dapat mengenal lebih banyak ragam manusia..tapi kali ini agak berlainan...=)..adakah kita perlu menjadi orang lain untuk menyesuaikan diri dalam satu2 situasi?? entahlah..aku pun x pasti..

kalau dulu masa sekolah..aku pernah dihimpunkan di sekolah di mana semuanya pelajar perempuan..di situ aku kenal 1 simptom...LESBIAN!!argh...seawal tingkatan 1 itu yang aku tau??kenapa??gara2 pakaian dan styleku yang amat mirip mereka..tapi aku x bertahan di situ kerana homesick..aku pindah lagi..kali ini aku ditemukan dengan manusia yang salah aku memang dah salah aku..salah dia pun salah aku..dan salah orang lain pun dia kata salah aku..seusia tingkatan 3 apa yang aku reti..cuba melayan hati manusia sebegitu..sebab aku mmng x suka gaduh..tapi sampai bila? aku perlu berani bukan..pada saat itu aku kenal lagi 1 simptom...HIDUP KENA SABAR..

masa terus berlalu..kali ini aku terjerumus dengan manusia yang kaki couple pulak..yang hidup x menentu hala..manusia yang buat rumah macam hotel..haha..yang mana perempuannya gemar meneguk air kencing syaitan..yang x pernah bercita2 untuk meneruskan pelajaran..yang mmng dalam pemikirannya..TIADA APA DENGAN ILMU..yang nampak rokok itu indah..perzinaan itu norma kehidupan..subhanallah!!Astaghfirullah..b

aku tamat tingkatan 5..aku menempuh alam part time..susahnya untuk mencari wang dapat aku rasai untuk tempoh beberapa bulan..kerja yang kadang letih kadang tidak..tapi mengajar aku bahawa XMUDAH NAK DAPAT DUIT..mengajar aku HORMAT ORANG...mengajar aku menjadi lebih BERANI..pada ketika itu di tempat orang..aku x punya kawan walau seorang pun kecuali kawan2 tempat kerja yang agak skema..hehe..aku boring..aku ingin mengeledah kehidupanoarang lagi..argh..aku berjalan di shopping complex pada waktu rehat untuk solat..di situ aku mengenali lagi manusia yang gemar memakai skirt pendek..cashier di situ..seorang bekas pelajar kejururawatan yang berusia 21 tahun..tapi kami lebih selesa untuk guna aku hang..tiada istilah kakak dan word saya dalam perbualan..kami rehat bersama..bual..gelak ketawa untuk tempoh beberapa minggu..aku singkap isi laptopnya..ternyata dia tidak menamatkan pengajian.."aku berenti semester akhir".."hah??!tolong la..lagi 6 bulan nak grade hang berenti??kerja gila weh.." "x gila..semester 4 family aku x bahagia macam dulu dah..sem 5 parents aku bercerai..aku x buat ptptn sebelum ni..mak bapak aku sponsor..sem 6 sapa pun x bagi aku duit..mana aku nak cari..nak buat part time pun x cukup..aku balik mintak duit siap kena belasah.."..huhu..aku simpati..

macam2 lagi...tapi sekarang aku di kolej..aku kenal 1 lagi simptom manusia..HIPOKRIT..PENTINGKAN ILMU SEHINGGA ABAIKAN KEWAJIPAN KEPADA YANG ESA..tiada niat untuk mengutuk..kerana aku juga tidak baik mana..tapi aku rasa takut dan selalu berdoa moga aku tidak tergolong dalam kalangan mereka itu..kejayaan itu milik Allah..tiada guna berjaga sehingga 3 4 pagi kalau subuh x bangun..hanya sekadar pendapat gadis yang masih belum agak matang mungkin..

apayang aku terfikir..Ya Allah..mengapa mesti aku bertemu dan bergaul dengan mereka..aku x kisah..aku selami jiwa dan kisah mereka..aku berusaha sedaya upaya menjaga diri agar aku hanya menjadi kawan untuk mereka bersandar ketika jatuh..kawan yang ajar mereka merangkak ketika mereka jatuh tertiarap..namun..aku x mampu..aku x punya kekeuatan untuk mengubah dan menegur mereka..aku tahu..mencegah dengan hati adalah selemah2 iman..tapi aku x mampu dengan cara yang lain ya Allah..

aku simpati kepada mereka..manusia selalu berfikiran negatif terhadap mereka..selalu membuat penilaian yang salah..tanpa mengetahui dan mendalami masalah mereka..aku bersyukur..boleh dikatakan 80% kawanku sekarang adalah manusia yang x tentu hala hidupnya..sekurang2nya..aku belajar dari kisah orang lain..

tapi...aku teringin jugak nak berkawan dengan muslimat2 yang baik sangat2..aku teringin..tapi aku x boleh masuk dengan mereka..rentakku tidak sama..aku suka melawak..kadang2 mengusik kasar..mereka x dapat terima sifat semulajadiku itu..aku redha..mungkin suatu hari nanti..insyaAllah..=)..dah la...nak tidoq dah..mengantuk dah ni..hehehe...sebelum tu nak pesan.."MANUSIA NI X SAMA..SO,,JANGAN PANDAI2 NAK NILAI SEJAK KALI PERTAMA PANDANG..CONTOH YANG PALING BANGANG AKU BOLEH BAGI MACAM NI..JANGAN FIKIR KASUT YANG MAHAL ITU CANTIK DAN BERKUALITI SEBELUM KITA CUBA GUNA DAN MENGGAYAKANNYA..KADANGKALA MUNGKIN TAPAKNYA CEPAT HAUS..DAN JANGAN PULA KITA KATA SELIPAR JAMBAN HANYA LAYAK UNTK KE JAMBAN..HAHA..WALAUPUN DIA MURAH DAN HUDOH..TAPI DIA LAMABAT NAK HAUS TAU..PALING BODOH UNYA EXAMPLE..^_^.........