BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 April 2011

kuatlah wahai hati...

sewajarnya pada waktu sekarang aku perlu mempersiapkan diri untuk melewati mimpi yang indah..tapi apakan daya..mata ni x mau terpejam la pulak..huhu..hari ahad lepas..macam besa la..kantoi test jpj untuk kedua kalinya..bengang la gak..tapi nak buat camana x dak rezki..aku dah malas nak ulang alik p jitra..makan masa semua tu..so,,aku tukaq je intistut memandu ..walaupun kena bayaq lain..tapi kurang2 aku x payah kacau orang lain..aku boleh pi sendiri..

lepas balik test..aku mmng rasa sakit kepala gila..semalam yang paling teruk..tidur sepanjang hari..nak bangun pun payah..pikir apa la banyak sangat...huhu..tapi alhamdulillah..sekarang dah ok sikit..tapi tetap sedih balik..waa..aku baru je lepas cek result maktab perguruan yang aku apply hari tu..x dapat..memang sadis la hidup aku..huhu..tapi disebabkan aku dah banyak kali sedih kot..dia x rasa apa dah..macam mana yer nak cakap..rasa mendatar..haha..hmm..

setiap yang terjadi ada hikmahnya..tapi kebiasaannya..kita x kan nampak pun hikmah tu..kalau nampak pun tetap nak salhkan takdir jugak..hmm..aku akui la..aku ni tergolong dalam manusia yang kadang2 x tau nak syukur,,selalu give up..hmm..tapi hakikatnya semua tu salah..x boleh macam tu..bila difikir2kan balik..tanpa bercampur perasaan yang emo gila tu..bila aku x terima hakikat..maksudnya aku x syukur..aku x terima hakikat n x redha..dan aku seperti memaksa Allah memakbulkan doa aku..sedangkan..seluruh alam yang indah ni Allah yang tadbir..segala keajaiban kat dunia ni semua berlaku dengan keizinan dan kuasaNya..betul x??kalau takat nak makbulkan permintaan aku yang sangat kecil tu amat mudah bagiNya..tapi..mungkin semua ini untuk menguji tahap keyakinan hambaNya..

dan mungkin juga..ada amal yang menjadi hijab dengan kurniaNya..manusia x pernah terlepas dari berbuat dosa..itu hakikat dan pernyataan yang patut diterima..oleh..bertaubatlah dan perbetulkan cara hidup..sentiasalah mengakrabkan diri denganNya..itu akan membuat jiwa kita lebih tenang..

entahlah..Allah lebih mengetahui segalanya..Dia adalah penentu takdir..dan aku sebagai hambaNya..hanya melaksana takdir yang telah tertulis..wallahualam...=))

2 April 2011

Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..