BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

26 Mac 2011

hmmm...

hmmm...pantasnya masa berlalu..sedar x sedar dah penghujung bulan 3 rupanya..sedar x sedar jugak..dah hampir seminggu lebih aku berhenti dari buat part time job..rindunya kat kawan2 kat tempat kerja termasuk bos aku yang baik gila tu..entah bila la aku akan jumpak depa semua tu lagi..dan tiba2 aku rasakan mungkin pada suatu hari nanti bila aku dah ada kerja tetap..aku x kan dapat suasana yang macam tu lagi..di situ tiada halangan..disebabkan aku yang paling muda..aku selalu jadi bahan usikan..tapi aku x pernah kisah pun..aku gembira dengan suasana itu..kat situ jugak..sapa yang x puas hati..cakap je...x payah nak simpan2 n kata2 kot belakang..secara x langsung x dapat la dosa umpat kering ja..hehe...semua orang open..x dak nak masam2 muka..kawan2 aku ramai yang berenti buat part time job ni..depa cakap..bos garang,,suka marah..semua benda salah..benci..tapi aku bersyukur aku x macam tu..aku amat bernasib baik..selalu je dapat makan free..hehe..pengalaman pun dapat..tu yang penting...kalau aku buat silap..senyum n ajar bagi betul..mmng profesional..haha..


hmmm...buat masa sekarang aku adalah penganggur terhormat kat rumah..aku cuma buat kerja rumah,,baca buku sirah dan revise balik semua ilmu jahitan yang aku dah blaja masa form3...huhu..hmm..result spm baru je diumumkan..walaupun result aku x bagus mana..aku syukur alhamdulillah..walaupun pada hakikatnya aku susah tuk menerima perkara tersebut..tapi akhirnya aku redha..setinggi2 syukur hanya layak untuk Allah..subhanallah!!kegagalan mematangkan fikiran..x semestinya setiap masa kita akan berada di puncak..itu yang ditetapkan..aku terima..sentiasa fikir positif..apa yang Allah bagi..itu adalah yang terbaik..

"DAN DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPERANG,PADA HAL BERPERANG ITU ADALAH SESUATU YANG PALING KAMU BENCI.BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU.DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU,PADA HAL IA AMAT BURUK BAGIMU.ALLAH MENGETAHUI,SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI."

(AL-BAQARAH AYAT 216)

hmm..ada kerja sedang menanti..setakat ini dulu..=p

20 Mac 2011

Segenggam tabah

6 Mac 2011

CANTIK....


Baru2 ni aku p library..x da yang mnarik sngat..cuma ni je la hasil pembacaan yang aku dapat setelah meneliti setiap butir kata dalam sebuah buku..bnyak yang bermanfaat..cuma ni yang aku faham.dan ni ja yang aku ingat.hehe...KECANTIKAN berpaksikan kepada kecantikan yang hakiki..kecantikan hakiki
berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam..
ia lahir daripada sifat2 mahmudah kerana cantik di mata Allah adalah lebih signifikan daripada cantik pada pandangan manusia..(alamak skemanya ayat..huhu)

Kecantikan hakiki dimunculkan dari dalam jiwa melalui pemahaman dan penghayatan tentang islam sehingga membentuk keperibadiannya.penghayatan yang mendalam akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana sentiasa memiliki pola aqliah islamiah(fikir islam) dan pola nafsiah islamiah(tingkah laku islam)..

Di dalam islam wanita yang cantik hakiki tidak akan berfikir selain kerangka berfikir islam..muslimah sejati x akan bertingkah laku selain yang bersesuaian dengan islam..Kecantikan hakiki muslimah akan benar2 cantik dan indah luar dan dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah.sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W yang membawa maksud..

"sesungguhnya ALLAH S.W.T adalah Maha Indah dan
menyukai keindahan"


islam memandang puncak kecantikan wanita melalui tingkat ketundukan dan kepasrahannya kepada Allah..wanita yang mempunyai kecantikan hakiki memiliki pemikiran yang positif,yakin pada diri,sentiasa bersangka baik terhadap orang lain,dapat melihat kecantikan orang lain(bukan tgok n kutuk buruk orang..hehe)..x sombong,pemaaf,berlapang dada,menerima teguran secara positif(ni yang payah..)...x penting diri sendiri,suka tolong orang,ceria dan sabar...

Selain itu,kecantikan hakiki juga melibatkan kecantikan kerohanian..baru la bole jadi 99.99% perfect..hehe..kecantikan kerohanian yang mana ia banyak menitik beratkan hubungan manusia dengan Allah..melalui pembentukan kerohanianlah wanita yang yang cantik hakiki itu akan memiliki ketenangan wajah dan hati sepertimana terparcarlah "nur" cahaya..senang crita..macam orang tua2 kata..bersih ja tgok muka..sejuk tengok..ha macam tu la..tenang dan cantik..x yah susah2 p spa buat facial..hehe..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..

"solat adalah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat.salah
satunya adalah daya penarik pada wajah"

Hakikat cantik dalam islam juga bermakna wanita yang menghiasi dirinya dengan pakaian sabar.istiqamah dan qanaah..kecantikan paras rupa,harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan.namun kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan,,,sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga..InsyaAllah..

ukuran kecantikan hakiki wanita muslimah menurut islam ialah:

-iman yang mendalam

-akal yang bijaksana

-tingkah laku dan akhlak yang mulia serta amalannya yang soleh

-kecintaannya terhadap Allah..(bukan kecintaan kat pakwe)

-keikhlasan kepada suami dan memuliakan suami

-mentadbir dan mentarbiah anak menjadi generasi yang cemerlang

-mempunyai sifat2 mahmudah

dalam kecantikan hakiki perhiasan jiwa adalah lebih diutamakan melalui sifat2 dan budi pekerti yang diajarkan islam melalui sifat keimanan..Muslimah yang cantik sejati,apabila keimanan telah benar2 wujud dan terpahat di hati akan lahir sifat2 indah yang menghiasi diri manusia..sifat diri seperti ketakwaan,berilmu,mempunyai rasa malu(yang ni yang payah nak jumpak la ni),,jujur,berani,sabar,lemah lembut,baik budi pekerti,menjaga silaturrahim dan mempunyai sifat2 terpuji yang lain...that's all...=)

2 Mac 2011

Mesut Kurtis - Every night and every day