BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

29 Disember 2010

boring n Mengharukan!!!


Assalamualaikum...hmm..dah lama aku x update blog...knapa yer??first sebab busy...second sebab aku punya netbook x dak microsoft office...huhu..pasrah dalam redha...apa pun...alhamdulillah...

kenapa eh aku boring???mmng la boring sebab aku tertinggal kunci rumah kat dalam rumah..macam mana nak masuk??waaaa...sedih...x leh lena..terpaksa la ikut kakak aku mai kerja...dok sorang..x tau nk buat pa..waaa..hmm..apa nak cita eh??sekarang life aku x la best n x la sedih sangat..di paras selesa sahaja..apapun aku bersyukur...

hmm..tapi yang x bes 2v 3 menjak ni aku selalu bangun lewat...kenapa yer??aku pun confuse...nak kata penat keja x la sangat..biasa jer..huhu..tapi u la orang kata niat x betoi..lpas bes ja exam..dah cakap n set dalam mnda mcm ni.."aku dah berjaga start dari trial sampai la bes spm...so,,,dah tiba masanya aku nak bayar balik pinjaman lena yang telah aku buat..ending nya...aku tidoq sampai x sedaq diri..kat tempat reja pun kadang2 terlena...tapi x pasti jugak..maybe sebab facebook...hmm..

facebook adalah 1 racun pembunuh keimanan...kenapa yer...sebab ianya amat melalaikan...dan ianya juga menambah dosa..bukankah chatting diantara ikhwan dan akhowat itu haram??tahu..tapi tetap buat juga..aku pun lebih kurang sama ja..huhuhu...

lagi apa gi eh...hmm..dah habis spm..redha dan tawakal je la..aku serah segala2nya kepada ALLAH..seandainya aku berjaya dengan gemilang aku panjatkan kesyukuran..dan seandainya aku rebah dengan cemerlangnya pun aku bersyukur yang amat sangat,,,kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua itu..hmmm...tu ja kot nak crita..dah x tau nak tulis apa...wasalam..=))))))))

20 Ogos 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa With Lyric

18 Ogos 2010

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

20 Jun 2010

PUSHING THE LIMITS...

ASSALAMUALAIKUM...

TENTION...

DALAM TEMPOH MASA 140 HARI...

APA YANG MAMPU DILAKUKAN.??

..MAIN...SUKAN..HANG OUT DENGAN KAWAN-KAWAN...

MY SPACE...FACEBOOK...

ARGH!!TU SEMUA MEMBUANG MASA!!

ALWAKTU MISLU ZAHAB!!

TINGGALKAN SEMUA TU..BERIBADAH KEPADA ALLAH...

STADI UNTUK EXAM YANG AKAN DATANG DALAM TEMPOH 140HARI..

MOGA DIBERKATI..SETIAP SAAT AMAT BERHARGA...

HEHE...KENAPA NI??SAJA SUKA2..RELEASE TENTION..

12 April 2010

COUPLE!!!


Ke mana saja aku berjalan..sekolah,pusat beli belah,tasik,kedai buku hatta pasar malam sekalipun pasti ada remaja lelaki dan perempuan yang bergandingan tangan..hanya 1 tempat aku x nampak..pasar pagi orang jual ikan..hehe..bukan aku cemburu..tapi pelik..kalau yer pun bercinta cover2 la sikit..aku makan kat pizza hut dengan kawan baru ni..aku punya la order macam2..hehe..sebab kwan aku yang belanja..ada 1 couple punya bes pegang tangan duduk berhadapan dengan aku..order kek ngan air pepsi jer..tu pun x habis..pelik2..kalau aku kek tu 3 kali suap jer clear pinggan..hehe..yang x bes tu si awek ni cover la segak kan depan aku..tapi sayang ..pakwe dia yang tercinta dok kejip mata plak kat kami..sengih2..yang awek tu dok pulun cakap sorang2..kecian la jugak..haha..bukan nak perasan..tapi belakang kami mmg x dak sapa..
sekadar berfikir..setiap orang punya persepsi yang berbeza..begitu juga aku.."COUPLE ITU HARAM"itulah fakta yang sewajarnya semua remaja islam terima..termasuk aku..mulanya aku mmg x tahu hukum ni kerana aku berasal dari keluarga yang biasa saja..aku mengetahui apabila mengikuti usrah di sekolah pada tahun 2006..semua pergaulan dengan lelaki aku hadkan..aku mula berfikir pahala dan dosa..aku putuskan hubungan dengan kawan2 lelaki yang hanya akan menambah saham dosaku..alhamdulillah selepas itu aku rasa ketenangan yang x pernah aku dapat..betapa mudahnya aku untuk menghafal sesuatu..nikmat yang Allah beri x dapat agu gambarkan..ustazku pernah berkata"ILMU ITU CAHAYA,,,DAN CAHAYA TIDAK AKAN DATANG KEPADA ORANG YANG ASI"..mulai saat itu aku lebih yakin..cinta ALLAH lebih agung dari manusia..
Namun untuk membebaskan diri bukanlah mudah..cabarannya hebat..dan aku sedang menempuhnya kini..ayat2 yang menyakitkan hati apabila kita menolak permintaan seseorang.."woi pompuan,berlagak r hang ni!".."x pa r,nanti jadi andartu" dan macam2 lagi..memng sakit..tapi perlu tabah kerana aku tahu siapa aku..aku x pernah terniat menjadi sombong..jika pelajar sekolah agama juga mengatakan"eh!yer ke awak..ustaz tu salah tu.x dosa la.kita couple jer bukan buat apa pun"..aku x tahu nak kata apa..aku tahu aku juga tidak sempurna..namun aku pasrah dengan segala yang ditakdirkan untukku..aku pohon maaf kepada mereka yang terlibat..aku x sombong cuma aku takut aku hilang ketenangan ini,keberkatan ilmu dan azab yang menanti..ya tuhan ampunkan aku...

15 Mac 2010

Petua Belajar dengan betul


Assalamualaikum..w..b..t.. dan Selamat Sejahtera,
Disini ada petua-petua untuk kita belajar.Untuk yang bakal menghadapi apa jua exam sama2lah kita ikuti,mudah mudahan kita semua sama2 ke berjaya dan ke menara gading

3 PERINGKAT BELAJAR
a.Sebelum
b.Semasa
c.Selepas

Sebelum belajar
Fizikal dan mental kita mesti bersedia untuk berlajar
Persekitaran yang sesuai (conducive environment)
Jauh daripada sebarang gangguan yang menghalang untuk berlajar
Suasana tempat belajar mestilah selesa
Teknik duduk yang betul
Berdoa sebelum mula belajar

Semasa belajar
Memberikan tumpuan yang sepenuhnya (100% concentration)
Sasarkan matlamat (memfokuskan kepada sesuatu tajuk/bab)
Mengamalkan teknik belajar berkesan (smart study)
Memcatat mengenal pasti isi-isi penting
Masa maksimum untuk belajar 45 minit hingga 1 jam (jangan belajar terus menerus sehingga 2 – 3 jam)
Rehat dalam 5 – 10 minit sebelum sambung semula

Selepas belajar
Mengingat kembali apa yang telah dipelajari
Membuat “smart nota”
Membuat soalan untuk menguji kefahaman
Menganalisa dan mengatasi kelemahan

Setakat ini sahaja wat u all moga saya dan kawan-kawan suma dapat belajar hingga ke menara gading InsyaAlllah..