BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

12 April 2010

COUPLE!!!


Ke mana saja aku berjalan..sekolah,pusat beli belah,tasik,kedai buku hatta pasar malam sekalipun pasti ada remaja lelaki dan perempuan yang bergandingan tangan..hanya 1 tempat aku x nampak..pasar pagi orang jual ikan..hehe..bukan aku cemburu..tapi pelik..kalau yer pun bercinta cover2 la sikit..aku makan kat pizza hut dengan kawan baru ni..aku punya la order macam2..hehe..sebab kwan aku yang belanja..ada 1 couple punya bes pegang tangan duduk berhadapan dengan aku..order kek ngan air pepsi jer..tu pun x habis..pelik2..kalau aku kek tu 3 kali suap jer clear pinggan..hehe..yang x bes tu si awek ni cover la segak kan depan aku..tapi sayang ..pakwe dia yang tercinta dok kejip mata plak kat kami..sengih2..yang awek tu dok pulun cakap sorang2..kecian la jugak..haha..bukan nak perasan..tapi belakang kami mmg x dak sapa..
sekadar berfikir..setiap orang punya persepsi yang berbeza..begitu juga aku.."COUPLE ITU HARAM"itulah fakta yang sewajarnya semua remaja islam terima..termasuk aku..mulanya aku mmg x tahu hukum ni kerana aku berasal dari keluarga yang biasa saja..aku mengetahui apabila mengikuti usrah di sekolah pada tahun 2006..semua pergaulan dengan lelaki aku hadkan..aku mula berfikir pahala dan dosa..aku putuskan hubungan dengan kawan2 lelaki yang hanya akan menambah saham dosaku..alhamdulillah selepas itu aku rasa ketenangan yang x pernah aku dapat..betapa mudahnya aku untuk menghafal sesuatu..nikmat yang Allah beri x dapat agu gambarkan..ustazku pernah berkata"ILMU ITU CAHAYA,,,DAN CAHAYA TIDAK AKAN DATANG KEPADA ORANG YANG ASI"..mulai saat itu aku lebih yakin..cinta ALLAH lebih agung dari manusia..
Namun untuk membebaskan diri bukanlah mudah..cabarannya hebat..dan aku sedang menempuhnya kini..ayat2 yang menyakitkan hati apabila kita menolak permintaan seseorang.."woi pompuan,berlagak r hang ni!".."x pa r,nanti jadi andartu" dan macam2 lagi..memng sakit..tapi perlu tabah kerana aku tahu siapa aku..aku x pernah terniat menjadi sombong..jika pelajar sekolah agama juga mengatakan"eh!yer ke awak..ustaz tu salah tu.x dosa la.kita couple jer bukan buat apa pun"..aku x tahu nak kata apa..aku tahu aku juga tidak sempurna..namun aku pasrah dengan segala yang ditakdirkan untukku..aku pohon maaf kepada mereka yang terlibat..aku x sombong cuma aku takut aku hilang ketenangan ini,keberkatan ilmu dan azab yang menanti..ya tuhan ampunkan aku...

7 Komen:

tenang_aku berkata...

sampai masa bertemu jua... yg halal nya mencari pasangan dengan cara dan jalan yang halal. yg haramnya berpasangan dengan cara dan jalan yang haram. ada perbezaan antara mencari kekasih dan mencari suami atau isteri. islam menyediakan kaedah dan cara. fahamilah.

Ummi berkata...

setiap perkara akan sampai jua bila masa dan ketika yang sepatutnya.Jangan ditangisi bila keseorangan kerna ketika ini Ilmu adalah temanmu.Ilmu tak lapuk dek masa dan Cinta kepadaNya kekal selamanya

muslimah sejati berkata...

tenang_aku..faham mmg mudah..untuk melakukannya agak susah

muslimah sejati berkata...

miemaya..x tahu nak cakap..benar apa yang diperkatakan..

Unknown berkata...

aku stuju dngan tenang_aku cakap. aku yakin dngan janji allah yang mnjanjikan pasangan yg sesuai dng kita bila tiba masanya sbb allah swt sahaja yang mengetahui setiap takdir kita di muka bumi ney dan kerana dia yang maha esa yang menentukan stiap saat hidup kita dan kita hanya boleh tawakal sahaja dngan apa yang bakal Dia beri kapada kita, wallahwaalam..

ihsan berkata...

Em..post blog yg baik dan terbaik.. ya! couple is haram.. jaga la diri baik2.. pesan2 la kt kwn2 yg lain..

muslimah sejati berkata...

terima kasih..sememangnya dan selayaknya kami sebagai kaum hawa menjaga diri..namun x semua boleh menerimanya...