BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

15 Disember 2013

saja nak update!! =)

Dah dekat 5 bulan x bukak blog ni..sebab malas sangat..asyik bukak facebook ja..tak pun cari resepi..tapi biasanya memang x bukak apa2 pun sebab kat umah sewa aku tu x disediakan wifi kan..bayar je mahal kan..haha...padahal tak fully furnished pun..mesin basuh pun x da..amat mengecewakan.. apa pun best la jugak duduk umah sewa tu..sebab amat selesa dan yang penting kemas. Sebab aku x suka duduk dalam umah yang berselerak..sebab dia akan menyebabkan aku jadi lebih penat bila balik keja.... =)

Housemate semua best2..walaupun aku ni la yang paling junior dan paling muda..baru umur 20..yang lain semua dah 24 and above..senang cita semuanya dah keja dan aku sorang ja yang dok study lagi..tapi apa pun best la sebab semua frenly ja..dalam umah tu semua orang keja dalam bidang yang berlainan..ada yang pensyarah unimap..ada yang keja dengan jabatan kuari dan lain2..dan aku pulak praktikal kat farmasi hospital..jadi bila balik rumah...sangat happy..sebab x da sorang pun yang akan bercakap pasal keja dan tentang stressnya bekerja... i like it!!hahahaha..hidup yang bahagia.. =)

Bulan 1 ni masuk balik umah sewa tu..harapnya situasi dalam umah tu tetap best macam dulu dengan kehadiran penyewa yang baru..owner cakap penyewa baru ni keja cikgu sekolah menengah pulak...harapnya ok la kan..boleh la tau keja cikgu tu mcm mana pulak..hehe.

Ok setakat tu dulu..nanti nak update lagi kalau ada masa..maklumla ada banyak masa free bila cuti semester ni..duduk umah ja x da buat apa2..=)


0 Komen: